Akaun kelasonlinesejarah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
TAJAAN PELAJAR ASNAF & B40



“Cikgu bolehkah yuran pendaftaran bayar ansur-ansur sebab saya nda mampu mau bayar sekali gus”.
.
AllahuRabbi. Beginilah kata-kata salah seorang pelajar yang DM personal dengan saya. Dia berminat sangat nak join tuisyen online berbayar dengan saya. Tapi tak mampu.
.
Yang lebih membuatkan hati saya luluh pabila saya tanya mak ayah kerja apa?
.
Lalu jawapannya adalah mak ayah dah bercerai. Terkelu lidah saya untuk berkata-kata.
.
Saya bukan tak boleh benarkan dia masuk belajar percuma tapi saya kena jaga juga peserta lain yang buat pembayaran.
.
Lagi pula memang saya ada sediakan kelas percuma untuk semua orang seminggu sekali. Tapi kelas percuma tu tak bantu banyak sebab dorang perlukan guide berterusan seperti kelas berbayar.
.
Saya takut kalau pelajar lain boleh faham tapi mak ayah dorang belum tentu boleh faham.
.
Saya rasa dalam suasana COVID19 ni sudah sampai masanya sumbangan bukan hanya untuk sebatas makanan dan peralatan front-liner sahaja.
.
Sebab kita mungkin terlepas pandang suatu sudut yang teramat penting sebenarnya iaitu membantu pendidikan anak-anak orang susah/asnaf/B40.
.
Yuran sebenarnya terlalu minima iaitu RM50 per pelajar untuk hadir 10 sesi kelas.
.
Terima Kasih Diucapkan Kepada Para Penyumbang.

Sejak kelas bermula pada April 2020 kami telah membantu hampir 50 orang pelajar asnaf/B40 untuk turut serta belajar dalam Kelas Online Sejarah.



Demikian Syarat Yang Pihak Kami Tetapkan Dalam Pemilihan Pelajar :

Syarat-Syarat Peserta Tajaan:

1. Menjaga Solat
2. Golongan asnaf (Anak Yatim & Miskin/B40)
3. Ada access internet yang baik
4. Akhlak yang baik
5. Bersungguh-sunguh dalam belajar.

Diatara bentuk permohonan golongan asnaf kepada pihak kami :







DENGAN INI PIHAK KAMI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYUMBANG. SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA BAIK TUAN/PUAN YANG MENYUMBANG DENGAN GANJARAN YANG SETIMPAL DISISINYA. INSYAA'ALLAH.

Perlukan Bantuan?